Semua Pemain Call Of Duty: Black Ops Cold War Di 5 Platform

Activision telah mengeluarkan trailer baharu untuk Call Of Duty: Black Ops Cold War. Trailer kali ini memfokuskan kepada mode Multiplayer yang ada dalam game ini kelak, memaparkan aksi-aksi daripada bermacam kenderaan darat, udara dan laut.

Selain itu, di laman rasminya, Activision telah berkongsikan pelbagai kandungan dan ciri-ciri yang akan dibawakan ke dalam game ini. Paling menarik ialah mereka mendedahkan yang Cold War akan menampilkan Multiplayer yang merentasi platform dan generasi — iaitu cross-play, cross-progression, dan cross-generation.

Call Of Duty: Black Ops Cold War akan dilancarkan ke PC, PS4, PS5, Xbox One, dan Xbox Series — bermakna mana-mana pemain dari kelima-lima platform ini akan boleh main Multiplayer bersama antara satu sama lain.

Lebih menarik, kesemua lima platform ini akan diikat dengan profil Activision. Maka, pemain boleh sambung bermain di mana-mana platform, dan semua progression yang telah dicapai akan dibawa bersama.

Call Of Duty: Black Ops Cold War akan dilancarkan pada 13 November.