Immortals Fenyx Rising, Game Ubisoft Seakan

Game yang paling mendapat perhatian utama dalam acara digital Ubisoft Forward awal pagi tadi ialah Immortals Fenyx Rising, yang dahulunya dikenali dengan judul Gods and Monsters.

Ubisoft telah memperlihatkan dua buah trailer baharu untuk Immortals Fenyx Rising — pertamanya ialah trailer sinematik, dan keduanya pula ialah trailer gameplay yang turut menampilkan ulasan daripada pembangun.

Korang boleh saksikan kedua-dua trailer di bawah, yang mana visualnya, pengarahan seni dan gameplay pasti akan mengingatkan kita kepada The Legend of Zelda: Breath of the Wild yang cukup popular di Nintendo Switch.

Immortals Fenyx Rising akan dilancarkan pada 3 Disember 2020 untuk PC, PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series X, Switch dan Stadia.