Ulasan Project CARS 3

Bagi saya, permainan perlumbaan tidak perlu fokus terhadap kepada sesuatu permintaan dan jangkaan sesetengah komuniti. Ini adalah kerana risiko yang memberi kesan kepada francais permainan tersebut untuk mengambil kira antara penambahan pemain baharu berlawan dengan mengekalkan peminat sedia ada yang mengjangkakan sekuel lebih baik didalam genre yang dibawa.

Namun untuk Project CARS 3, ianya menjadi suatu topik yang menarik. Dibenci oleh ramai peminat dari idea asal seperti “Need For Speed Shift”, namun menyukai konsep permainan ini dalam masa yang sama. Ianya suatu kesan terhadap permainan ini, namun untuk ulasan kali ini, kami akan menilai dari pandangan yang lebih “neutral” juga dari sudut yang lebih luas.

Penyampaian

Dari segi grafik, Project CARS 3 nampak serupa dengan siri sebelumnya namun dengan penambahan seperti kesan cuaca seperti kekabus untuk membuatkan pengalaman perlumbaan itu lebih cantik, khususnya semasa mod gambar.

Namun, versi PS4 mempunyai masalah grafik yang konsisten khususnya semasa perlumbaan pada waktu malam dan hujan. Malah masalah tersebut terjadi semasa perlumbaan di musim salji. Selain dari itu, ianya mampu memberi prestasi sehingga 60fps.

Model kereta agak baik, dengan model kereta yang dibawa oleh siri sebelumnya, ditambah pula dengan kereta baharu seperti Corvette C8R dan Toyota Supra, menjadikan satu barisan kereta yang memuaskan.

Akan tetapi, UI dan rupa bentuk menu semasa perlumbaan nampak seperti permainan mudah alih. Ramai peminat menyentuh dengan isu ini. Namun bagi saya, perasaan tersebut hanya hadir semasa permulaan sesi permainan sahaja.

Dari segi kesan suara pula, bunyi kereta mempunyai perbezaan mengikut kenderaan masing-masing seperti yang dijangka, namun malangnya kereta Formula E tidak padan dengan suara asal yang sering kita dengar semasa menonton perlumbaanya di TV.

Pengalaman Permainan

Semestinya pengalaman memandu adalah elemen teras sebagai permainan perlumbaan dan Project CARS 3 tidak gagal mahupun bermain melalui alat kawalan ataupun road stereng. Ianya penambahbaikan yang besar dari Project CARS 2 khususnya semasa perlumbaan didalam cuaca yang basah atau salji.

Career Mode juga berbeza. Pemain berlumba didalam keadaan jalanraya sebelum menceburi didalam kategori GT, serupa seperti konsep permainan Shift. Berbeza dengan siri Project CARS sebelumnya dimana pemain perlu berlumba dari bawah seperti go-kart terlebih dahulu.

AI juga ditambahbaik dan lebih agresif semasa perlumbaan untuk bertanding khususnya semasa pemain sedang mendahului. Mod multi-pemain juga menarik dan menyeronokkan, dimana pemain didatangkan dengan beberapa cabaran dan hot laps.

Objektif untuk setiap perlumbaan agak berbeza bagi kategori, dan sesetengah darinya agak susah mahupun didalam tahap easy atau medium.

Kandungan

Project CARS 3 membawakan pelbagai pengubahsuaian membolehkan pemain membuat reka bentuk livery mereka sendiri. Namun terdapat satu isu dimana kereta pemain bertukar kepada warna merah khususnya didalam perlumbaan kedua didalam liga. Isu ini agak serius dan tidak patut hadir didalam permainan yang sudah sedia untuk dilancarkan.

Kereta biasa juga boleh dinaiktaraf sehingga kereta seperti GT86 kepada kategori Super GT. Ianya semestinya tidak stabil untuk perlumbaan, namun ianya satu faktor yang menyeronokkan apabila Ford Escort dari tahun 50-an boleh berlumba setaraf dengan Mclaren P1.

Ketiadaan perlumbaan endurance dengan perhentian pit dan kesan pengunaan tayar dari Project CARS sebelumnya, semestinya satu faktor besar yang hilang untuk siri ke-3 permainan ini.

Kepuasan Individu

Sebagai pelumba esukan sambilan, saya sendiri tidak kisah dengan siri yang saya sendiri berlumba menjadi sebuah permainan yang saya minat bermainan semasa saya kecil. Saya juga merasakan permainan ini berhak mendapat judulnya yang sendiri dari mengambil nama yang sedia ada sebagai sekuel. Supaya ia dapat memuaskan peminat tegar simulasi dan juga pemain kasual turut gembira.

Namun saya nikmati masa saya berlumba didalam permainan perlumbaan seperti ini. Konsep yang mudah dan cabaran yang membawakan perasaan nostalgia semasa kita mempunyai permainan perlumbaan pada tahun 2000-an. Maka saya akui, saya suka bermain permainan Project CARS 3.

Kesimpulan

Project CARS 3, permainan dengan krisis identiti ini adalah satu permainan perlumbaan simcade yang agak baik untuk generasi permainan video yang seterusnya. Ianya mungkin agak sukar diterima, namun saya yakin ianya adalah salah satu permainan yang anda perlu cuba terlebih dahulu, dan berikan pendapat anda kemudian. Ianya mungkin menjadi sebuah permainan yang anda minati.