Tetapan Grafik Tertinggi Crysis Remastered PC Adalah “Can It Run Crysis?”

Nampaknya meme Crysis sejak dari mula permainan ini dilancarkan pada tahun 2007 sehingga sekarang masih lagi digunapakai. “Can It Run Crysis?” seringkali diguna khususnya pada siri pertama permainan ini kerana penggunaan grafiknya yang tinggi sehinggakan majoriti pengguna PC pada masa tersebut agak tercabar dengannya.

Nampaknya pasukan dari Saber Interactive (studio yang terlibat untuk pembuatan semula Crysis) juga turut menggunakan frasa meme tersebut didalam permainan yang bakal hadir.

Dengan pengumuman Tweet diatas, mereka juga memaparkan tangkap gambar pertama permainan tersebut. Salah seorang pengguna dari Reddit menangkap gambar pada lokasi yang sama dari versi asal Crysis seperti yang anda boleh lihat dibawah.

Crysis Remastered untuk PC bakal menyajikan beberapa penambahbaikan grafik serta teknologi Ray Tracing.

Permainan ini akan dilancarkan untuk PS4, PC (Epic Games Store) dan Xbox One.