Zero Hour: Game Online Taktikal FPS Dari Bangladesh

Pembangun game dari Bangladesh, M7 Productions dan Attrito telah melancarkan game online FPS berunsurkan taktikal selepas memaparkan pandang pertama video gameplay.

Zero Hour ialah game yang memfokuskan kepada 5v5 yang taktikal dan memerlukan perancangan dari setiap ahli pasukan. Pemain akan dapat memilih sama ada untuk bermain sebagai pasukan khas MS Unit-9 atau pengganas. Dalam misi menyelamatkan tebusan atau mematikan bom yang berlatar belakangkan lokasi di Dhaka, Bangladesh.

Pasukan khas MS Unit-9 akan dibekalkan dengan pelbagai gajet, senjata seperti perisai dan raifal serta 3D planning table. 3D planning table memerlukan setiap ahli pasukan merancang setiap jalan masuk, jalan keluar serta gajet apa yang perlu digunakan untuk setiap proses entry/breach. Sama seperti game pertama Rainbow Six (1999). Sementara pasukan pengganas pula dibekalkan senjata kurang berkuasa dari pasukan lawan tapi mempunyai banyak gajet perangkap yang boleh dipasang di lokasi perlawanan untuk menghalang kemaraan pihak lawan.

Antara ciri-ciri yang ada dalam Zero Hour adalah pengurusan sumber, ini kerana kedua-dua belah pihak telah diberikan jumlah gajet dan senjata tertentu dan jika pemain hilang kelengkapan itu, ia tidak akan muncul kembali dalam pusingan seterusnya. Namun, pemain boleh ambil senjata pihak lawan untuk dibawa ke pusingan seterusnya.

Tebusan juga tidak akan menunggu di satu tempat. Malah akan berlegar-legar di lokasi dan boleh menyukarkan tugas menyelamat dari pasukan khas dan tugas menahan dari pasukan pengganas.

Selain itu, pemain juga boleh menggunakan fungsi intai di balik pintu sebelum melakukan proses entry/breach. Manakala breaker switch adalah fungsi di mana pasukan khas boleh matikan kuasa utama elektrik di lokasi tersebut untuk MS Unit-9 melakukan misi dalam gelap.

Zero Hour dikeluarkan di Steam sebagai early access