Call of Duty: Modern Warfare, Warzone, Dan Mobile Turut Tangguhkan Season Baru Kerana Protes

Esok sepatutnya menjadi permulaan kepada Season baharu dalam kesemua game Call of Duty masakini. Nampaknya, esok bukan harinya.

Activition telah mengumumkan bahawa mereka telah menangguhkan Call of Duty: Modern Warfare Season 4 (termasuk Warzone) dan Call of Duty: Mobile Season 7 kerana protes ‘Black Lives Matter’ yang sedang memanas di Amerika Syarikat.

Kemaskini ini sepatutnya dilancarkan pada 3 Jun ini. Mereka tidak mendedahkan bilakah tarikh baharu untuk pelancaran Season baharu ini.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, Activision berkata:

“Dalam masa kita semua tidak sabar untuk bermain musim-musim baharu untuk Modern Warfare, Warzone dan Mobile, sekarang bukanlah masanya. Sekarang adalah waktunya untuk mereka yang menyuarakan tentang kesamarataan, keadilan dan perubahan untuk diperlihat dan didengarkan. Kami berdiri bersama kalian.”