The Witcher 3: The Wild Hunt menjanjikan 100 jam masa permainannya

Siri ke 3 The Witcher, The Wild Hunt yang dibina oleh CD Projekt RED akan menjanjikan 100 jam masa permainan berbanding siri-sirinya sebelum ini.

Luas persekitaran permainan ini pula akan 30 kali lagi besar daripada The Witcher 2.

“The Witcher 3 akan penuh dengan pilihan serta pemain akan memilih jalan ceritanya yang telah disekalikan di dalam permainan dan memastikan ia berbaloi untuk diulang semula. Kekuatan The Witcher 3: Wild Hunt setaraf dengan siri-siri sebelumnya seperti penceritaan yang berlaku di sekitar Geralt mencari kekasih hatinya dan konflik beliau dengan Wild Hunt.

Semasa perjalanan permainan ini, pemain akan melewati kawasan-kawasan yang mempunyai suasana keunikannya sendiri, komuniti dan watak-watak yang tidak akan dilupakan. CD Projekt RED tidak mencipta dunia terbuka dengan hanya satu tema sahaja, tetapi akan menumpukan persekitaran yang mencabar dan juga menarik serta 30 kali lagi besar dari The Withcer 2.” – Adam Badowski,pengarah CD Projekt RED.

Semana yang kita tahu siri-siri The Witcher boleh diketegorikan sebagai permainan yang ganas, termasuklah keluaran terbaru mereka Cyberpunk 2077. Jadi tiada ragu lagi The Witcher 3: The Wild Hunt tergolong  dalam ketegori yang sama.

The Withcer 3: The Wild Hunt akan keluar pada 2014 untuk pelantar komputer, PS4 serta pelantar baru yang akan datang.

Sementara itu kami sajikan anda dengan gambar-gambar dari The Witcher 3: The Wild Hunt yang di ambil terus semasa dalam permainannya.