MOBILE LEGENDS MBLL dah masuk tahun ke-10. Saksikan Livestream ulang tahun LOL 16 Oktober ini

Pejam celik dah 10 tahun weh LoL!

 by Cekodok Doyan

September 17, 2019

in AcaraArtikelBeritaPC

10 tahun dah League of Legends (LoL)?! Wow macam sekelip mata masa berlalu, kini Riot Games mengumumkan mereka akan menyambut ulangtahun ke-10 League of Legends bersama edisi Riot Pls yang akan diumumkan secara lansung bermula jam 9:00am (waktu Malaysia) pada 16 Oktober ini!

Anda boleh saksikan siaran lansung tersebut di laman Youtube rasmi League of Legends untuk bahasa Inggeris atau di Youtube rasmi Riot Games SEA untuk bahasa Melayu/Indo, Vietnam, Thai dan Cina. Kepada yang terlepas, jangan risau anda boleh lihat VOD yang akan dikemaskini dalam laman Youtube mereka.

League of Legends adalah sebuah permainan multiplayer dalam talian battle arena yang dibangun serta diterbitkan oleh Riot Games juga rakan kongsi mereka Garena untuk platform PC. Bertema dan diilhamkan dari Warcraft III: The Frozen Throne mod, Defense of the Ancients.

Dalam edisi Ulang Tahun Riots Pls ke-10 ini, Riot akan mengongsikan semula saat dan detik League of Legends dari dahulu hingga kini, termasuk pandangan pertama pada perubahan preseason tahun ini dan kemaskini kandungan besar akan datang untuk Teamfight Tactics. Setiap hari, LoL akan menyaksikan 8 juta pemain, menjadikannya permainan PC terbesar di dunia.

“Membina komuniti global yang ghairah di sekitar League of Legends sepanjang dekad yang lalu adalah pencaipaian yag kami sangat bangga,”

“Riot Pls edisi khas ini akan mempamerkan penghargaan dan komitmen kami kepada para pemain – kami berharap setiap daripada mereka akan menyertai kami untuk meraikan semua kemenangan dan momen yang tidak dapat dilupakan yang kami kongsi!”

kata Justin Hulog, Pengurus Besar, Riot Games Southeast Asia.

Untuk menandakan peristiwa itu dan menetapkan peringkat untuk ke 10 tahun yang akan datang, Riot juga mengemas kini Logo terbaru untuk League of Legends!

Jadi jangan lupa untuk saksikan kemaskini selebihnya untuk sambutan ulangtahun ke-10 League of Legends 16 Oktober 2019 ini nanti! Dan jangan lupa untuk pelbagai lagi kemaskini di laman web rasmi League of Legends dan Facebook mereka.

League of Legends ialah permainan arena pertarungan atas talian multipemain orang ke-3 3D. League of Legends dibiayai melalui belian kecilan dengan Riot Points (RP), iaitu mata wang dalam permainan yang boleh dibeli pemain melalui kedai pelanggan. Latar tempat League of Legends ialah dunia fiksyen Runeterra. Pembangun permainan ini, Riot Games, diasaskan Brandon “Ryze” Beck dan Marc “Tryndamere” Merrill, dan mereka berdua merupakan rakan sebilik semasa mereka belajar di Universiti California Selatan. League of Legends diterbitkan pada 27 Oktober, 2009. League of Legends menerima ulasan yang baik secara umumnya berdasarkan ulasan pengumpul Metacritic. League of Legends merupakan salah 1 permainan sukan elektronik yang paling besar, dengan pelbagai pertandingan tahunan yang berlangsung di seluruh dunia.

Pertandingan popular dalam talian pertempuran arena dalam talian League of Legends kini boleh didapati dalam bahasa Melayu. Ini termasuk kedua-dua laman web tempatan dan pilihan bahasa klien permainan. Sebelum sesiapa pun menjadi teruja, nama audio dan kemampuan masih dalam bahasa Inggeris; bermakna rakyat Malaysia tidak berpeluang untuk mendapatkan ketawa daripada terjemahan.

Portal Melayu nampaknya telah hidup dua minggu lalu, dan kebanyakannya mengandungi berita yang diterjemahkan dari laman web LoL utama. Secara pelik, ternyata Garena belum menterjemah semua kandungan kerana panduan newbie masih dalam bahasa Inggeris. Akan jelas ada beberapa masalah yang timbul dengan terjemahan, dan semoga sebarang masalah akan dibersihkan tidak lama lagi.

Pemain yang ingin mencuba bermain dalam bahasa Melayu boleh melawat portal di sini .

Satu berita menarik yang saya rasa peminat MOBA di luar sana pasti suka ialah ada khabar angin mengatakan bahawa game ikonik League of Legends akan mendapat versi mobile hasil gandingan antara Riot Games dan Tencent.

Tiga sumber dengan maklumat tentang hal ini mengesahkan kepada Reuters, bahawa Tencent Holdings Ltd. sedang bekerjasama bersama Riot Games untuk mereka sebuah game mobile, walaupun tiada tarikh keluaran diumumkan.

Rancangan untuk menukar LoL ke pelantar mobile telah dalam berada dalam perbincangan, menurut salah satu sumber maklumat Reuters. Mereka berkata bahawa Tencent dan Riot telah lama berbincang dan cuba capai kata putus tentang topik game mobile LoL.

Salah satu sumber yang tidak ingin dinamakan menambah juga bahawa judul ini telah berada di dalam development sejak tahun lepas, manakala sumber lain mengatakan mustahil untuk judul ini dilancarkan tahun ini. Satu sumber rasmi pula masih tidak yakin untuk mengesahkan berita ini, jadi korang semua jangan beria-ria sangat tau.

League of Legends merupakan salah satu game desktop paling terkenal di dunia, dan sentiasa menarik jumlah pemain yang besar untuk bermain hasil penglibatannya di dunia esports. Pelancaran game mobile LoL juga boleh menarik lebih ramai pemain Asia, yang lebih cenderung bermain di mobile berbanding desktop.

Channel Twitch Riot Games merupakan channel yang pertama mencecah penonton 1 Billion total views dan diumumkan oleh Riot Games sendiri semalam. Riot Games merupakan developer dan juga publisher bagi game MOBA terkenal, League of Legends, yang dikeluarkan pertama kali pada Oktober 27 tahun 2009. Ianya merupakan salah satu game yang selalu ditonton dan mempunyai penonton yang ramai.

Channel Twitch biasa digunakan untuk platform Riot Game untuk LoL punya tournaments ataupun interview bersama pemain yang high profile. Kejayaan yang paling besar adalah semasa Mid Season Invitational 2018, kemuncak penonton untuk stream tersebut mencecah sehingga 127 juta secara total. Dan kebanyakan penonton datangnya daripada China.

Komuniti LoL antara komunit yang sangat menyokong dan sangat hardcore. Korang tengok China dengan Korea cukup. Memang sangat supportive sampai kerajaan mereka sendiri pon, turut serta dalam menyokong pemain professional game LoL ni. Jadi, dekat Malaysia bila lagi?