Mana satu yang terbaik antara Call of Duty Mobile vs PUBG Mobile?!

Jom usha perbezaanya!

Siapa yang kaki mobile gamers sudah pastinya ramai yang bermain jenis permainan FPS dan Battle-Royale. Dan seperti yang ramai tahu, untuk genre ini yang paling popular dan melonjak naik dalam platform mobile sudah tentunya PUBG Mobile daripada yang lain seperti Rules of SurvivalFortnite dan Free Fire. Tetapi, sejak minggu lalu, datangnya sebuah game yang kini menjadi pencabar terkuat bagi PUBG Mobile (PUBGM)!

Apa pula game itu? Sudah tentu lah permainan yang masih panas dengan kehadiranya oleh ActivisionTiMi Studios dan Garena iaitu Call of Duty Mobile (COD Mobile)! Kedua-dua permainan ini bertujuan untuk menggambarkan elemen realisme – ke tahap tertentu – sambil memberikan gabungan gabungan pertempuran, kepelbagaian dan mod permainan yang berbeza dengan tindakan multiplayer yang besar.

Tapi, apa sebenarnya perbezaan bagi kedua game gempak ini? Anda perasan atau anda mempunyai tanggapan yang berbeza? Okay, hari ini kami kongsikan serba sedikit mengenai perbezaan kedua permainan ini dan sedikit tanggapan dari kami untuk situasi ini. Jom mulakan!

Grafik? Unreal Engine 4 vs Unity Engine

Seperti yang peminat tegar tahu bahawa PUBG Mobile menggunakan Unreal Engine manakala COD Mobile pula menggunakan Unity Engine. Walaupun, pada akhirnya, untuk segi grafic memang tidak terlawan PUBGM kerana Unreal sering dikaitkan dengan visual-realistik visual, sementara itu dikatakan memerlukan lebih banyak kerja untuk permainan Unity menjadi lebih realistik!

Iya, memang ketara bahawa segi grafik memang tersangatlah besar, dalam segi watak pun tersangatlah berbeza. PUBGMkelihatan mempunyai detail yang lebih halus, sementara COD Mobile merasa grafis yang padat, dengan banyak yang tersusun, tetapi kejelasan tidak sama.

Untuk looting, PUBGM nampak lebih jelas dengan kawasan yang lebih luas ibarat senang untuk bernafas, untuk COD Mobile lebih sempit terutama dalam peta Battle Royalenya dengan barang yang memang banyak, tapi kurang jelas untuk nampaknya daripada kejelasan yang ketara untuk PUBG Mobile. Rasanya lebih kepada Rules of Survival kalau lihat semula.

Tapi sejujurnya COD Mobile bukanya nampak teruk pun! Bagi Mod Battle Royale mungkin nampak agak kekok sedikit, tetapi kejelasan dalam mod Multiplayer tersangatlah baik!

Salah satu elemen COD Mobile yang kami agak suka adalah tentang persekitaran permainan dan beberapa persekitaran yang boleh nampak kesan tembakan seperti terdapat tingkap untuk dipecahkan dan pagar yang dihancurkan bukan itu sahaja, kereta cabuk kat tengah-tengah jalan pun boleh barai! Manakala PUBG Mobile tidak mempunyai banyak benda dalam persekitaran yang pemain boleh musnahkan. Itu menjadikan COD Mobile merasa sedikit lebih dinamik di beberapa kawasan dan senang cerita yang paling gempak PUBG Mobile satu-satunya elemen alam sekitar yang boleh dihancurkan adalah pintu.

Haaa lagi satu, dalam COD Mobile penuh dengan letup sana sini lah! Macam-macam letupan boleh dengar. Macam PUBGM boleh dengar grenade biasa dengan zona merah je!

Perbezaan Gameplay

Sudah semestinya PUBGM lebih mengfokuskan kepada mod Battle Royale nya. Ada PvP pun yang menjadi seronok adalah Team Deathmatch (TDM) dan Mod Infection. Tapi sebenarnya dalam Mod TDM tidak banyak perbezaan pun untuk kedua permainan ini, al maklumlah Tencent terbabit dalam kedua-dua permainan ini. Terutama dari segi pengawalan, keduanya sama elemen dan susun atur di skrin.

Apa yang ada selebihnya selain mod PvP dalam PUBG Mobile ialah mod Arkednya. Kat situ lah pemain boleh lepaskan geram dengan sniper training atau mini zones atau yang lain-lain. Manakala COD Mobile berlainan dari segi ini kerana Nuketown telah dihijack dengan pelbagai mod PvP! Terdapat Frontline, TDM, Domination, Search & Destroy dan Practise vs Ai untuk dipilih. Memang menarik lah dengan tawaran multiplayer yang banyak ni kan pulak dengan pelbagai peta untuk dipilih!

Walaubagaimanapun, battle royale di COD Mobile hanya ada satu peta, dengan zombie dan bukannya sama dengan PUBG Mobile. Terdapat unsur-unsur permainan yang tidak ditawarkan oleh PUBG Mobile, seperti membawa helikopter dan keupayaan untuk menghidupkan semula rakan sepasukan selepas mereka mati yang pastinya membawa lebih dinamik dalam battle royale yang membuat COD Mobile berbeza walaupun petanya agak tidak kemas.

Peningkatan dan loadout

Salah satu perbezaan ketara dalam kedua permainan ini adalah mengupgrade (peningkatan)! PUBGM lebih mengfokuskan kepada skin, tema kostum manakala COD Mobile pula adalah lebih lurus, kerana pemain adalah seorang askar yang hanya tahu untuk berperang.

COD Mobile menawarkan koleksi gaya watak dan beberapa butiran aksesori seperti warna sayap atau ‘chute’, tetapi bukan pilihan untuk memilih semua pakaian dan ciri-ciri badan anda.

Di PUBGM pemain akan bermula dengan tidak bersenjata dalam battle royale, sementara COD Mobile memberi pemain pisau dan beberapa kemahiran. Paling menarik dalam COD Mobile pula, kita dapat menaik taraf senjata dengan pilihan tersendiri di mod multiplayer! Jadi upgrade sepuas hati dan pilih senjata yang terbaik untuk peperangan.

Kedua-duanya mempunyai pendekatan premium, di mana pemain boleh membeli pas atau kredit untuk membeli peti atau skin. Biasa lah pembelian dalam permainan, ini lah cara mobile gaming buat duit dari pemain kan~

Kepelbagaian yang menarik di COD Mobile!

Salah satu perbezaan besar adalah semua yang anda boleh lakukan dalam permainan. PUBG Mobile adalah permainan survival yang agak mudah dalam terasnya~ anda terjun, berkumpul, bertahan dan menang. Dalam Call of Duty Mobile anda bermula dengan sedikit, berkumpul lebih cepat, tetapi juga mempunyai pelbagai kemahiran yang tidak ditawarkan oleh PUBG. Banyak perkara yang serupa, seperti airdrop, kenderaan darat dan peta dengan tanda musuh dan kenderaan.

Tetapi COD Mobile membolehkan anda mendapatkan senjata yang lebih besar dengan lebih cepat. Anda akan menemui sebuah senapang dengan skop dengan lebih cepat ada kenderaan jentera yang memboleh kan anda menggunakan machinegunya. Terdapat pelancar roket,  sticky grenades ,killer dron dan UAV untuk mencari dan menyerang pemain lain jauh, semuanya diperluaskan dengan pelbagai pilihan pertempuran.

Kesimpulanya

Dipendekkan cerita, cara kawalan memang serupa, cuma perbezaan ketara adalah mekanik permainan. Sejujurnya kami ingin menyatakan, Call of Duty Mobile memang menarik dari segi mod multiplayer dan PUBG Mobile lebih menarik dalam mod Battle royale!

Mungkin, jika PUBG Mobile menambah kelebihan seperti lebih banyak pilihan senjata dan boleh sliding ketika bergerak, pasti PUBG Mobile akan menjadi lebih menarik. Tetapi, makin kerap kemaskini PUBG Mpbile, makin banyak kapasiti memori yang diperlukan untuk telefon kita.

Manakala untuk COD Mobile pula, multiplayer tersangatlah mengagumkan dan seronok jika bermain dengan kawan-kawan, tips dia senang, main peta kecik, guna pisau, map besar gunalah senjata AR atau SMG. Bagi mod battle royale, COD Mobile memang tidak dapat atasi PUBG Mobile. Mungkin mereka boleh membuat tambahan peta yang lebih luas dan kurangkan sedikit barangan ditepi jalan serta bangunan agak lebih kejelasan, Dan looting, boleh je banyak barang, tetapi mungkin boleh jelaskan sedikit tanpa higlight lampu yang agak silau tu kot!

Okay sampai sini perkongsian kami kali ini. Nampak perbezaanya kan? Masing-masing ada kelebihan dan kekuranganya. Apa pula pendapat korang semua? Mungkin boleh kongsikan di ruangan komen Facebook kami? Lain kali kami kongsikan lagi benda menarik untuk permainan yang tengah hangat meletups ni okay!